Saat ku terkenang
Kisah nan lalu
Lelaki itu, hidup penuh kesederhanaan
Gembira, tenang tanpa gelisah
Mengerah tenaga demi keluarga
Walaupun perit dirasa
Namun tiada berputus asa
Lelaki itu
Dulunya aku hormat hingga kini
Tiada berani untuk menentang
Tiada alasan untuk menolak
Akur perintah tiada paksaan
Pernah dulu
Aku mengecewakannya
Kerana biadap, ego & angkuh
Tiada ku sedar
Lelaki itu berkecil hati
Aku bersalah... benar-benar bersalah
Kini tiada lagi
Segalanya tinggal memori
Indah nan mendalam di lubuk hati
Lelaki itu tiada lagi
Menemui Ilahi, yang kekal pasti
Semua akhir urusan dunianya
Hanya waris menyambung
Yang berpegang atas nasihat & pesanannya
Lelaki itu
Insan yang amat ku sayang
Ku rindui, ku ingati
13 tahun dirimu pergi
Memberi erti kepadaku
Segala yang kau beri dulu
Tiada wang ringgit atau harta
Hanya fatihah, doa & ayat suci
Ku hulurkan kepadamu
Agar rohmu tenang & aman selalu
Walaupun aku bukan yang terbaik
Tapi cuba... terus mencuba
Harapan & tanggungjawab kini
Akan ku galas sebaiknya
Untuk MAK dan keluarga
Terima kasih atas jasamu
Terima kasih atas pengorbananmu
Terima kasih segalanya
Terima kasih ABAH....
Kisah nan lalu
Lelaki itu, hidup penuh kesederhanaan
Gembira, tenang tanpa gelisah
Mengerah tenaga demi keluarga
Walaupun perit dirasa
Namun tiada berputus asa
Lelaki itu
Dulunya aku hormat hingga kini
Tiada berani untuk menentang
Tiada alasan untuk menolak
Akur perintah tiada paksaan
Pernah dulu
Aku mengecewakannya
Kerana biadap, ego & angkuh
Tiada ku sedar
Lelaki itu berkecil hati
Aku bersalah... benar-benar bersalah
Kini tiada lagi
Segalanya tinggal memori
Indah nan mendalam di lubuk hati
Lelaki itu tiada lagi
Menemui Ilahi, yang kekal pasti
Semua akhir urusan dunianya
Hanya waris menyambung
Yang berpegang atas nasihat & pesanannya
Lelaki itu
Insan yang amat ku sayang
Ku rindui, ku ingati
13 tahun dirimu pergi
Memberi erti kepadaku
Segala yang kau beri dulu
Tiada wang ringgit atau harta
Hanya fatihah, doa & ayat suci
Ku hulurkan kepadamu
Agar rohmu tenang & aman selalu
Walaupun aku bukan yang terbaik
Tapi cuba... terus mencuba
Harapan & tanggungjawab kini
Akan ku galas sebaiknya
Untuk MAK dan keluarga
Terima kasih atas jasamu
Terima kasih atas pengorbananmu
Terima kasih segalanya
Terima kasih ABAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan