3 minggu cuti... aku melepak di istana sewa... ade kala kua la jugak p pasar, merayau tak tentu hala kijeny... cuti pun nk habis, lusa start sekolah balik... haha, ape dah jadi dengan budak2 ni... ok ke tak... homework tah siap ke tak... aku senang kije, bantai cukup2... nak bagi diorang pandai...
Hari ni tak tau nak cite ape... tapi ade sikit2 aku ingat kat 1 kisah ni... mase tu berlaku di zaman batu awal paleolitik... seorang pahlawan yang hebat lagi gagah... die ketua panglima kepada 1 bala tenteranye... menentang kejahatan, menguasai wilayah, meluaskan pengaruh...
Ketua panglima ni mempunyai isteri yang amat cantik pada zaman tu... jadi 1 hari berlaku peperangan yang bosau... terpaksa meninggalkan isteri selama bertahun2... maka ketika hendak pergi, die telah berpesan kepada rakan baiknye yang memang giler babun baiknye & amat dipercayai...
Ketua panglima : Kawanku, aku serahkan kunci ini padamu... Simpan la baik2 kunci ini...
Rakan baik : Kunci apekah ini wahai kawanku?
Ketua panglima : Ini kunci cawat isteriku... Ko jage kunci ni, jangan bagi hilang...
Ketua panglima : Kerana aku akan pergi ke medan perang yang cukup beso... ambil masa bertahun lamenye... Jika aku tak kembali selepas tamatnye peperangan ini, kau bukakanlah cawat isteriku dengan kunci ini nanti... kemudian...
Rakan baik : Kemudian, ape lagi kawanku?
Ketua panglima : Ko pesan kepada die... aku merelakan die berkahwin dengan sesape yang die mau...
Rakan baik : Hmmm.... baik la, kawanku...
Maka, ketua panglima bergerak pada pagi itu bersama dengan bala tenteranye... perjalanan yang amat jauh, melelahkan mereka... seharian berjalan kaki, mereka berehat di 1 lembah yang yang menakutkan... lembah itu dipanggil Lembah Kelang... jadi akibat terlalu penat, mereka nak bermalam di lembah itu...
Tiba2, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda dengan pantas ke arah mereka... maka untuk memastikan yang datang itu bukan musuh, ketua panglima pun meneropong dengan teropong anak bulan yang dirembat sebelum pergi... Setelah hampir baru la ketua panglima tu kenal akan orang tu... kawan baiknye...
Ketua panglima : Kawanku, ape gerangan ko datang ke sini?
Rakan baik : Maaf kawanku... aku nak bagitau kunci yang ko bagi tu kunci yang salah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan